Tuesday, October 18, 2011

Teruskan!!!!!!!



Setiap insan di dunia ni, diberi 'dugaan' dan 'cabaran' yg berbeza,
segalanya di'uji' mengikut kemampuan diri..
Kadang kala kita merasa bebanan itu tak mampu dipikul,
tapi hakikatnya berbeza,
Yang penting kita harus 'sabar' dan terus berusaha mengharunginya..

Jika kita berjaya menanganinya, InsyaAllah kita akan menjadi lebih kuat,
Jika kita 'belum' berjaya, teruskan & tingkatkan usaha sehingga berjaya....

Kejayaan tidak akan datang tiba2x,
jika kita tidak berusaha mencarinya...

Mungkin, kita 'belum' berjaya sekarang,
ingat InsyaAllah, jika berusaha lebih lagi segalanya akan dipermudahkan...

Sentiasa positif ke arah kejayaan...
Setiap insan yang berjaya pada masa kini,
suatu masa dahulu mereka pernah mengalami kesusahan..
Jadi berusaha, berusaha, berusaha hingga berjaya::::

Jangan biarkan 'impian' tinggal kenangan...





Tuesday, August 2, 2011

Peluang Ke-2


Assalamualaikum....

Teman2x, rakan2x dan taulan sekalian...
Lama saya x meng'edit' blog saya....

Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu
yg berkisar dengan apa yg sedang berlaku...

Biasanya setiap peluang yang datang,
perlulah dimanfaatkan sepenuhnya...
Mungkin peluang yg ke-2 ini
akan menjadikan kita lebih matang dalam membuat keputusan,
mungkin juga peluang ke-2 ini
akan membuatkan kita lebih tertekan...
Bak kata pepatah,
alang2x menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...

Dalam menjadikan sesuatu itu realiti bukanlah mudah,
namun tidak mustahil..
Apa yg penting adalah usaha kita ke arah menggapai sesuatu itu..

Namun, jika kita inginkan itu 'suatu' yg di luar jangkauan,
memang agak sukar...
Biar apapun pilihan yg kita buat,
mesti lah berfikir secara waras terlebih dahulu..
Kerana, jika peluang pertama tidak diambil,
mungkin, tiada peluang ke-2 untuk kita...

Oleh itu, berfikirlah sebelum bertindak...
Bertindak ikut nafsu atau kehendak,
akan membawa padah di kemudian hari...

Jangan terlalu memikirkan peluang ke-2,
kerana:
mungkin peluang yg pertama itu akan menjadi peluang yg terakhir:::





Renung-renungkan....salam perkongsian...

Thursday, April 7, 2011

SeDetIK gENtiNg!!!



Puas, suatu kata yg terungkap
jika sesuatu yg diusahakan membuahkan hasil,
Namun, itu hanya mimpi siang yg sering berlegar di fikiran maya ku ini...
Aku bagai mendabik dada, tatkala 'mainan tidur' itu datang menyapa ku,
Terlena dibuai keasyikan berseronok...

Suatu saat aku seakan hilang arah tuju,
Dipukul ombak kelalaian,
Dipukau rasuk ketaksuban...
Namun, saat itu tidak kekal lama,
berlalu pergi,
membiarkan ku bersendiri...

Kemudian, detik bahagia datang menjelma,
menjanjikan kebahagian yg ku dambakan selama ini,
Namun, bahang kebahagian yg dirasa,
hanyalah seketika,
Sekali lagi kelalaian menjelma,
Aku tidak lagi di situ,
Kerana aku berdepan dengan
'Sedetik Genting'...

Berbekalkan kesabaran, aku harungi dugaan,
Dengan harapan
kejayaan datang mengiringi usahaku selama ini...
Aku berharap, 'sedetik genting' itu tidak lagi menyapa diri ini,
hanyalah kebahagiaan yang ku tunggu-tunggu menjelma jua
dipenghujung jalan...




p/s: pemikir yg hebat, bukan sahaja memikirkan penyelesaian untuk sesuatu masalah itu sahaja, malah mencari pelbagai jalan untuk menyelesaikan masalah itu...
RENUNG-RENUNGKAN..

Sunday, February 27, 2011

Berubah; Masih ada masa!!!






Aku masih ingat kata-kata itu,
'Lie, belajar rajin2x kat sana nnt, mak ngan abah harapkan kamu'..
Kata2x yg mampu membuat hati ini mengalirkan airmata,
Itulah kata2x dari ibuku..

Di saat mendengar kata2x itu,
Hati ini merasa berat,
Betapa besarnya harapan ibubapaku untuk melihat aku berjaya,
Ingin melihat nasib kami sekeluarga berubah..

Namun, semakin meniti hari,
Diri ini bagai 'lupa' tujuan sebenar berada di sini..
Ape dah jadi ke atas diri ini?

Aku tidak punya siapa di sini,
Hanya rakan2x peneman di hati,
Tapi, aku lupa;
Allah itu sentiasa di sisi hambaNYA..

Sekali lagi aku menyoal diri,
kenapa aku begini?

Sejak pertama kali menjejaki di bumi kenyalang ini,
Aku telah berjanji 'Aku ingin membawa segulung ijazah utk ibu bapaku',
Apakan daya, kini diriku umpama lalang ditiup angin,
Berterbangan tanpa arah tuju..

Semakin hari, semakin diri ini memaksa & memberontak utk melepaskan 'ia' pergi,
Tapi, aku tidak mampu melepaskan'nya' disebabkan aku tidak mampu menanggung risikonya..

Jadi aku memilih utk meneruskannya..
Betul, pujangga ada mengatakan,
'jika kita ingin menggapai sesuatu, kita harus berusaha sebaik mungkin utk menggapainya,
jika tidak, kita akan menyesal selamanya'..



Aku perlu berubah!!!
Masih belum terlambat:::
Aku berharap, sinar baru akan menyuluh hidup ini..
Moga-moga..


Saturday, February 12, 2011

Sudahkah Aku Bersedia?



Tatkala 'kesedaran' singgah di minda, 'kelalaian' kembali berkuasa,
Tatkala 'kebaikan' datang bertandang, 'kejahatan' menjadi penghalang,
Sudah menjadi lumrah, setiap manusia akan diuji,
samada dengan kegagalan mahupun sebaliknya..

Namun kita harus sedar,
'Lalai' tidak akan berkuasa jika kita tidak menjemputnya,
'Jahat' tidak menjadi penghalang jika kita tidak membina bentengnya,
Yang pasti, kita lah penyebab segala yang berlaku..

Dahulu, ketika kecil, kita sentiasa bertanya akan kemusykilan,
Pabila dewasa, kita kekok utk bertanya,
bahkan kita sanggup melakukan 'kejahilan' dengan bersahaja..

Adakah ini yang kita mahukan?
Mampukah perkara yg kita lakukan selama ini
menjamin kita utk ke'SYURGA'?

Biarpun mengetahui hakikat sebenar,
kita masih lagi mendabik dada akan 'kejahatan' yg dilakukan..

Bukan untuk menyalahkan sesiapa,
malah tidak sama sekali sekadar untuk melepaskan batuk ditangga..
Hanyalah peringatan buat kita bersama,
supaya segalanya kembali cerah seperti sedia kala..

Jadi, marilah kita renung sejenak dan berfikir,
Apakah perkara yg kita lakukan sebagai persediaan untuk kembali kepadaNYA?
bukan sekadar bertanya - Adakah aku sudah bersedia untuk kembali kepadaNYA?



Sunday, January 16, 2011

Keegoan Membatasi Segalanya..




Hari ini aku kembali,
Ingin mengatakan hasrat hati yg sering tidak kesampaian..

Namun, keegoan membatasi segala hasrat murniku ini
..

Tatkala kebaikan memulakan langkah,

terlalu banyak dinding2 tebal menjadi penghalang..

Lalu, niat murni itu hanya tinggal abu kering yg berterbangan di awangan..


Tidak cukup berbekalkan kekuatan luaran,

kekuatan mental itu mampu menjadikan segalanya terlaksana..

Asalkan perkara yg ingin dilakukan itu menjurus ke arah kebaikan..


Bukan mudah untuk diri ini memulakan langkah pertama,

Apatah lagi ingin melakukan kebaikan..


Segalanya bermula dengan gurauan,

yang akhirnya membawa kepada suatu kebencian..


Bukan untuk diri ini membenci,

namun keegoan menjadi duri dalam daging tatkala niat murni hadir..


Mudah untuk melafaznya sendirian,
tidak mudah untuk meluahkan kepada dirinya..

Sudah berkali ku cuba,
masih tidak berjaya..

Seolah diri ini melukut di tepian gantang..
Tiada siapa yg peduli..

Ku pohon kekuatan dariMU YA ALLAH..

Moga segalanya menjadi mudah..

Sesungguhnya hambaMU ini insan yg lemah..