Wednesday, December 30, 2009

Aku masih di sini!!!!

Persahabatan & percintaan itu amat berbeza...
Kita bercinta mungkin kerna kita bersahabat pada mulanya...
Mungkin juga kita bersahabat kerna pada mulanya kita bercinta...
Biar mana pun yg hadir dalam diri kita sekalipun, jika kita melakukan kesilapan, segalanya tidak bermakna lagi...
Penyesalan yg tiada berpenghujung akan membuatkan diri ini kecewa, merana...
Tatkala melihat insan lain bergembira, aku masih sedih...
Tatkala melihat insan lain bergurau senda, hatiku luka, hanya kerna apa???
Segalanya hanyalah cinta...

Mulanya hanya teman bicara...
Kemudian menjadi sahabat untuk berkongsi suka dan duka...
Setelah itu, rasa kasih dan sayang sesama insan wujud dek terlalu rapat...
Akhirnya, diri jua merana...
Bukan untuk mengadu domba, hanya untuk bercerita...
Biarpun cintaku berhenti di tengah jalan, namun aku masih setia menantinya...
Mencari cinta sejati itu bukan mudah, hanya kerna ke'ego'an segalanya musnah...

Di mana hendak ku cari penggantinya???
Bagiku tiada siapa setandingnya...
Pengalaman itu mengajar aku untuk lebih berani menghadapi segala ringtangan...
Onak duri, ranjau berduri, perih jerih, terpaksaku laluinya sendirian...
Tanpa teman, tanpa bicara, tanpa pengesat air mata...
Aku kini sendiri, masih menunggu kehadiranmu...
Biarpun hati ini ego, namun aku masih mencintaimu...

Biarpun hanya sebagai teman berbicara, aku masih memerlukanmu...
Aku masih di sini, menanti diriku yg x kunjung tiba...
Adakah ia hanya ilusi??? Hanya kau yg tahu~~~




created by: AA

Wednesday, December 16, 2009

Kenapa harus aku??

Kenapa mesti aku??
Aku sudah cuba yang terbaik, namun hasilnya masih sama..
Sejak peristiwa itu aku cuba untuk bangkit semula..
Namun aku kini sedar usaha aku hanya sia-sia..
Aku tidak mampu melakukannya lagi..

Biarpun berulangkali aku cuba untuk bangkit menggapai 'mu', namun 'kau' kian pudar dari pandanganku..
Mengapa perkara ini berlaku ke atas ku..
Aku hanya berbekalkan keyakinan dan usaha yang menggunung pada mulanya..
Namun semakin hari, keyakinanku itu semakin menjadi hilang..
Aku tidak mampu mempertahankannya lagi..

Masih segar dalam ingatanku, sehingga kini ianya masih sama..
Bak kata pepatah aku bagai berada ditakuk yang sama..
Biarpun aku cuba menjadi katak yang keluar dari tempurung untuk berjuang, namun segalanya hampa belaka..
Aku semakin hilang pendirian, menjadi tidak keruan..

Adalah tidak adil bagiku menghukum diriku sendiri..
Apalah daya, hancur badan dikandung tanah..
Usahaku kini sia-sia belaka..
Aku menjadi hairan, kenapa aku begini??

Dahulunya aku menjadi pemangkin semangat ketika aku jatuh dan aku terus bangkit maju meggapai kejayaan..
Kini, biarpun aku bangkit dari kegagalan, namun aku masih di sini..
Menemani kekecewaan dan kesyahduan tangisan hati kecil ini..
Arah hidupku menjadi semakin tidak menentu..
Apa harusku lakukan??
Kenapa mesti aku??





Created by: AA

Sunday, December 13, 2009

Aku Ingin Kau Mengerti!!!


Bukan mudah bagiku mengatakan perasaanku terhadapmu..
Namun bukan mudah jua untukmu menerima segala kenyataan ini..
Aku hanya ingin kau mengerti, betapa hidup ini kadang kala memerlukan pengorbanan..
Tidak hanya kita berkorban masa bersama, kita juga terpakasa berkorban segalanya..
Hanya untuk apa?? Demi membahagiakan dirimu..

Aku hanya ingin kau mengerti..
Aku tidak mahu melihat kau menderita kerana aku..
Bukan aku mementingkan diriku, namun hanya satu yang aku firkirkan..
Masa hadapanmu lebih berharga daripada hubungan kita..
Biarpun aku cuba membuat kau mengerti, namun kau tetap begitu..

Tidakkah engkau mengerti?? Aku tidak mampu melakukannya..
Maafkanlah diri ini andai segala perbuatan, keterlanjuran kata yang mungkin mengguris hati kecil mu..
Aku hanya ingin kau mengerti..
Tiada apa yang mampuku lakukan..

Hubungan ini hanya akan membawa banyak persengketaan jika kita teruskan..
Aku bukan hanya ingin mencari alasan..
Sesungguhnya aku insan biasa, insan yang lemah..
Insan yang mudah kalah dengan cubaan dan dugaanNYA..
Biarpun begitu, aku tetap pasrah dengan kehendakNYA..

Sesuatu yang berlaku mungkin ada hikmahnya..
Aku hanya ingin kau bahagia..
Tidak perlulah kau menunggu aku lagi kerna aku bukanlah untukmu..
Aku hanya mampu berdoa agar kau berbahagia di samping yang tulus menyayangimu..
Aku hanya ingin kau mengerti..




Created by: AA