Saturday, January 18, 2020

PASRAH

Sedar tak sedar kita sudah pun di tahun 2020.
Banyak perubahan yg kita lakukan samada sedar ataupun tidak.
Begitu jugak kawan ku ini;

Sambungan cerita yg terdahulu.
Sudah pun kami berkenalan hampir 10 bulan, tapi kami berjumpa sangat singkat masanye.
Dia selalu keluar ke overseas, urusan kerja.
Sebelum ni aku sangat memberontak, kenapa la dia tak membalas mesej, tak jawab call aku.
Sangat mendukacitakan pada masa tu.
Lama kelamaan, aku cuba pujuk hati untuk lebih pasrah.
Sebab kalau aku marah pon, bukan dia nak amik tau, sebab dia tak tau.
Dia sibuk dengan kerja yg mana lebih penting demi menjaga keselamatan negara.
Aku cuba utk kurangkan mesej dan call dia supaya dia tak annoying dgn aku.

Hari bersilih ganti, sedar tak sedar sudah masuk penghujung tahun.
Sudah berbulan-bulan aku tak menghubungi dia.
Ikutkan aku sudah ingin melupakan dia.
Tapi disebabkan itu cinta pandang pertama, susah utk aku melupakan.
Tiba-tiba aku ke tempat kerja dia, kononnya nak melawat.
Sembang punya sembang, tiba2 dia kata dia nak balik kampung hujung bulan ni.
Cuti katanya, aku pelik tapi aku dah dapat agak apa yg ingin diperkatakan.
Sebab sebelum ni dia sudah bagi hint, hatinya sudah dimilik org.
Selama ni aku cuba utk menafikan sendiri kata-kata dia tu.
Perbualan kami terhenti disebabkan dia sangat sibuk.
Aku pulang.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat jemputan perkahwinan.
Majlis perkahwinan dgn pilihan hati. Aku tersentak.
Terkejut, tak mampu berkata apa2.
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Aku masih lagi ingin menafikan.
Berat utk diri ini menerima takdir, tapi apakan saya aku pasrah dengan ketentuan-NYA.
Sebab aku sedar, cinta itu tak selalu memiliki.
Biarpun tidak lagi mampu memiliki mu, tapi kita masih lagi mampu berkawan.
Apa pun yg terjadi, aku ingin kau tahu, kau cinta pandang pertamaku.

Sekian, cerita dari kawan.

*PASRAH bukan sesuatu yg mudah utk dilakukan, tapi jika kita PASRAH, DIA akan beri ganjaran yg lebih baik lagi untuk umat-NYA.

Sunday, March 24, 2019

Aku Suka Dia

Aku suka dia..

Cerita dari kawan...

Jarang sekali orang yang tak kenal tegur aku...
Tapi lepas habis satu acara larian hari tu, dia tegur aku...
Dia ingatkan aku sorang2x, mintak tolong ambilkan gambar dia (aku tunggu orang lain sebenarnya, tapi aku diamkan saja)...
Lepas ambilkan gambar dia, dia ambilkan gambar aku...
Aku tunggu dekat tepi tu sebab dah penat belarikan...
Aku perasan jugak bila dia tengah sembang ngan kawan dia, dia tengok2 aku...errmm...
Lepas dia abis sembang ngan kawan dia, tetibe dia duduk depan aku, kenalkan diri...
Dia sebut la umur dia, bila aku sebut umur aku, dia tak percaya, ingatkan sebaya dia, rupanya lebih tua dari dia... Aku senyum je la...
Aku ajak dia pegi sarapan, dia pon 'on' je...
Sambil kami makan, kami bercerita tentang diri masing2x...
Kebetulan punya minat yang sama dalam larian, bercerita tentang beberapa 'event' yang akan datang...
Sebenarnya aku mcm pernah nampak dia tapi tak ingat kat mana...
Rupanya2x dia 'instafamous'... Perasan sebab dia mintak Ig aku sebab nak follow, strategi sangat...
Lepas abis makan, dia balik la ke rumah dia...
Petang tu kami keluar lagi, dia bawak aku jalan2x kat tempat kerja dia then kami keluar makan malam...
Mula2x agak kekok sikit la nak sembang, sebab baru kenal kan..
Maklum la aku ni 'berat mulut' sikit...
Dia cerita, waktu larian hari tu, dia memang dah prasan aku lari (macam dah aim aku kononya)...
Aku lari lambat, dia potong aku, waktu nak u-turn sekeloh pon dia perasan aku...
Aku hehehe je la...
Aku cuba simpan perasaan aku kat dia, sebab kan baru kenal, tak nak la mengharapkan sangat kan...
Minggu berikutnya, aku ajak dia jalan2x kat tempat aku, dia pon 'on'...
Risau la dia annoying pulak sebab aku asyik dok mesej dia jer...
Kami keluar jalan2x kat tempat aku ni, makan, sembang, tangkap gambar...
Happy nye... Dia cakap nnt nak jalan2x lagi...
Dia pon cakap dia happy, jarang sangat weekend nak jalan2x sebab weekdays pon keje banyak, sibuk, biasa weekend dia, dia rehat jer...
Lepas tu kami belum ada kesempatan lagi nak jumpa sebab dia sibuk bekerja...
Sempat mesej2x jer...
Tapi aku tau, hakikat sebenar sangat berbeza...
Apa-apa pun, cukup la aku rasa sedikit bahagia...
Belum masanya dia tau, yang aku suka dia...
Tapi kalau dia tau, takut2x dia menjauhkan diri dari aku pulak...
Maklum la, dia ramai pengikut kat Ig, so ramai2x la yang suka dia kot...
Serba salah dibuatnya...

....bersambung....

Sunday, April 29, 2018

Setelah berlian yang aku beri, hanya serpihan tiram yang aku dapat


Bersungguh-sungguh nak kerja sebab dah dapat tempat kerja dalam negeri sendiri, senang la nak balik kampung...

Harapan hanya tinggal impian...

Setelah setahun bekerja di sini, aku mula rasakan, ini bukanlah pilihan terbaik...
Berada dekat dengan keluarga, namun hakikatnya berbeza...
Bekerja di sebuah pulau yang hanya ada satu-satunya fasiliti kesihatan kerajaan merupakan cabaran baru buat aku...
Nampak mudah, jika tidak pasti hanya rujuk ke hospital, namun hanya diri ini menanggung segalanya...
Harapan yang 'mereka' berikan sangat tinggi...
Datang ke klinik untuk sembuh serta merta, umpama kami ini Tuhan dibuatnya...
Setiap kali ingin cuba berbaik-baik dengan pesakit, diri ini meronta-ronta, seolah-olah ada sesuatu yang menghalang...
Pada mulanya, rasa ingin belajar perkara baru membuak-buak, namun setelah berlian yang aku beri, hanya serpihan tiram yang aku dapat...

Sayang seribu kali sayang...
Kadang kala, aku menyalahkan takdir yang meletakkan aku di sini...
Asalnya, dijanjikan hanya setahun saja perlu berkhidmat di sini, tapi janji tinggal janji...
Biarpun sudah memohon pertukaran, surat pertukaran aku ditolak mentah-mentah...
Bagaimana untuk wujudkan keikhlasan di hati sedang kebajikan diri tidak dijaga...
'Mereka' selalu inginkan terbaik untuk pesakit, tapi 'mereka' hanya mampu berkata sedemikian sedang tiada apapun yang 'mereka' lakukan...
Hanya kami di sini menanggung seksa...
Hari berganti hari, aku masih di sini, masih memikirkan apa yang aku harus lakukan...
Setiap kali aku mendongak ke hadapan, ada saja kisah silam yang menarik aku kembali ke belakang...
Penat menahan resah hati...

Ada suatu ketika, aku berasa inilah pengakhiran kerjaya aku... Kisah bermula apabila aku dikatakan 'membunuh' seorang pesakit kanak-kanak kerana lambat memberi rawatan...
Aku hanya mampu merenung ke luar jendela, mengenang nasib...
Teruk sangatkah aku sehingga diperkatakan begitu???
Benar kata orang; berjuta kebaikan yang kita lakukan akan lenyap apabila hanya sekali kesalahan yang kita lakukan...
Aku hanya insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan... Ajal maut seseorang itu hanya di tangan-NYA... Jika DIA berkehendakan sesuatu, maka ianya akan terjadi juga...

Sejak dari itu, aku mula rasakan diri ini tidak lagi diperlukan... Aku berdoa akan segala yang terbaik diberikan ke atas diri aku yang lemah ini...
Biarpun tomahan mahupun kecaman, aku terima segalanya...
Hanya DIA yang tahu setiap apa yang hambaNYA lakukan...


Ingatlah; 
Kebaikan dibalas dengan kebaikan,
kejahatan jangan sesekali dibalas dengan kejahatan...

Thursday, June 1, 2017

MELANGKAH KE ALAM BARU DARI PENGALAMAN SILAM

Syukur Alhamdulillah, 
Hampir 3 bulan aku telah menjadi pegawai perubatan, setelah berhempas pulas mengharungi cabaran dalam bergelar seorang pegawai perubatan siswazah (HO) selama 2 tahun 8 bulan.
2 tahun 8 bulan jadi HO, lamanya...
Tapi alhamdulillah, Allah telah menetapkan untuk aku terus dalam bidang ini.
Bukan mudah untuk menjadi seseorang yang bergelar doktor.
Mungkin ramai yang diluar sana memikirkan kerjaya seorang doktor ini adalah yang terbaik, namun hakikat/realiti kehidupan sangat berbeza dari apa yang dibayangkan.

Masih segar dalam ingatan ini, setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda perubatan pada 2014 lalu, aku keliru nak isi penempatan HO di mana. Pada mulanya nak apply dalam negeri sendiri je, siap dah hantar borang tu kat KKM, tapi ubah fikiran last minute tukar apply penempatan HO ke borneo pula. Mungkin masa tu masih tak dapat lupakan kenangan semasa belajar di bumi kenyalang dulu. Akhirnya dapat penempatan di negeri di bawah bayu. 

Bila tiba di sebuah hospital di pantai timur negeri di bawah bayu untuk melapor diri sebagai 'freshie' HO, rasa terkejut sebab hanya dua org sahaja yg melapor diri. Othopaedic merupakan posting pertama, biarpun orang cakap posting ni posting 'ringan', tapi bagi semua first poster sebagai HO sangat mencabar minda, ketahanan jiwa serta segalanya. Pernah beberapa kali rasa nak tersungkur, namun sokongan sekeliling sangat membantu dalam proses mematangkan minda/sikap sebagai HO. Namun apabila masuk posting ke-2 iaitu O&G, hati ini tak mampu bertahan dan tersungkur sehingga menghilangkan diri (MIA-missing in action) selama 8 hari ketika tagging. Syukur alhamdulillah, Allah Maha Adil, DIA telah hantar seseorang untuk membantu diri yang lemah ketika itu untuk terus bangkit melawan perasaan 'down'/kecewa ketika itu.

Apabila masuk posting-posting seterusnya, cabaran semakin bertambah. Ada ketika hati ini tersinggung, bergetar, sehingga menintiskan air mata ketika 'ditegur' oleh senior HO, MO mahupun specialist. Ya, aku akui, tak  mudah untuk menjadi HO. Kadangkala, terasa diri teraniaya disebabkan kesalahan orang lain, diri menanggung akibat. Setiap posting pun, tempoh tagging adalah paling menyeksakan. Sudahlah perlu lalui tempoh bekerja yang lama, perlu menelaah lagi, melakukan daily work dan sebagainya. Hari-hari mengeluh, itu tak betul, ini tak betul. Tapi bila difikirkan semula, syukur Alhamdulilllah, aku masih mampu bekerja. Sedih! Kadangkala rasa sedih, marah, kecewa dengan sikap segelintir pesakit, keluarga pesakit yang menderu-deru menyalahkan pihak hospital di atas setiap yang berlaku. Terikat dengan protokol itu, protokol ini.

Akhirnya, memasuki posting kecemasan (A&E) sebagai posting terakhir, yeaaa, happynya. Langit tak selalunya cerah, Aku diuji lagi, hanya tinggal 2 minggu untuk aku menghabiskan posting terakhir aku, terdapat sesuatu berlaku sehingga aku di 'extend' selama 4 bulan berikutnya (total posting A&E 8 bulan, sepatutnya hanya 4 bulan). Aku sangat kecewa dengan pihak pengurusan hospital ketika itu, kecewa/sedih/dendam/marah segala perasaan bercampur baur. Namun, aku hanyalah HO, perlu meneruskan kehidupan sebagai HO. Dalam masa yang sama, aku happy dapat penempatan sebagai MO di negeri kelahiran sendiri, syukur alhamdulillah,

Meninggalkan jawatan sebagai HO yang penuh drama, naik turun, suka duka yang tak dapat dilupakan. Pada mulanya aku sering berfikir, aku teruskan dalam bidang ini hanya kerana terikat dengan 'kontrak' bekerja dengan kerajaan apabila aku terima biasiswa ketika menjadi pelajar ijazah dahulu. Namun setelah sekian lama, terselit sedikit rasa 'minat' dalam bidang perubatan ini apabila 'berjaya' memberi rawatan terbaik kepada pesakit dan apabila pesakit menyatakan 'terima kasih'. Hanya perkataan 'terima kasih' mampu mengubat segala duka yang berlaku. Alhamdulillah, Allah telah membuka mata aku untuk lebih menerima takdirNYA.

Aku tidak menjadi 'floating MO', setelah tamat latihan sebagai HO, aku terus ditempatkan di klinik kesihatan, Alhamdulillah di negeri kelahiran aku. Syukur. Tapi di sebuah pulau. Pada mulanya agak terkejut dan ingin menolak tawaran bekerja di klinik kesihatan tersebut. Namun, Allah itu sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan di sini, aku rasa tenang. Keadaan di sini, pulau, pantai membuatkan aku tenang. Staff-staff di tempat aku bekerja sekarang sangat membantu. Sekali lagi Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi-NYA.

-Sebagai pesanan kepada semua; biar apapun yang kita lakukan, lakukanlah dengan ikhlas. InshaAllah, DIA akan membalas dengan kebaikan yang berganda. (pesanan untuk diri sendiri jugak ni)

-Salam Ramadhan. Selamat berpuasa semua. ;) 

Friday, September 16, 2016

Bila Cinta Ada

Andai hari itu tidak aku menolak, mungkin hari ini kami sudah bersama...
Seringkali perasaan itu datang dan pergi...
Benar, perit untuk aku meluahkan, apatah lagi untuk dia menerima...

Pernah suatu ketika dahulu, aku cuba untuk menyatakan perasaan ini,
namun lidah ini kelu untuk berbicara, hanya mata ini mampu merenung tajam ke matanya...
Memang sukar untuk berdepan nyata, cuma untuk menyata 'aku suka dia'...

Hati ini bukan setabah hati mereka yang lain...
Seringkali aku mensia-siakan peluang yang datang,
bukan kerana aku tidak suka, tapi aku tidak mampu untuk berdepan realiti...
Yang suatu masa nanti, aku pasti menyesal jika aku menyatakan ia pada saat itu...

Memang sudah ini takdirku, aku terima...
Bila cinta ada, berkali-kali aku cuba untuk menerima,
hati masih lagi menafi...

Menyataan perasaan ini bukan mudah seperti bayang-bayang tatkala adanya siang...
Perlu ada rasa sabar menanti, dan terus menanti...
Bila ia kembali lagi, aku hampir terlupa, aku pernah ada rasa itu...
Apa harus aku lakukan?




Bila cinta ada lagi, masihkah aku ingin berdiam? 
Aku tahu, bahagia tak semestinya bersama...
Hanya aku....

Wednesday, May 21, 2014

'TERASA' HATI..

Hari-hari yg ku lalui kini seperti biasa..
Tiada apa yg istimewa..
Hanya berada di kampung halaman bersama keluarga..
Aku tidak merasa terlalu bahagia..
Mungkin, aku mengharapkan sesuatu yg mungkin tidak akan berlaku..

Pabila di rumah, aku menjadi senyap seribu bahasa..
Hanya berkata-kata saat perlu..
Itupun bila mak & ayah aku bertanya..
Maklum la, anak lulusan perubatan, jadi semua berkaitan penyakit hendak ditanyakan..
Mana yg boleh aku jawab, aku jawablah..
Mana yg tak berapa pasti/tak tahu tu, senyap je lah..

Hampir setiap hari aku mengelak dari ditanya..
Hanya bersuara bila perlu..
Hanya kawan-kawanku sahaja yg tahu bila diluar bersama mereka..
Mereka selalu mengenakan aku sebab nama jalan kampung yg aku tinggal sekarang ni ialah JALAN MURAI & bila bersama rakan-rakan aku, mulut aku seperti 'mulut murai'..
Padanlah muka aku..

Menjadi satu-satu nya harapan keluarga, bukanlah tugas yg mudah,
tetapi tanggunggjawab yg dipikul sangat berat..
Mungkin keluargaku tidak mengedari betapa berat nya beban yg aku 'cuba' untuk pikul selama ni..
Biarpun hanya menjadi pelajar..
Aku pun tidak pasti kenapa adik-beradik aku yg lain, tidak 'pandai' mendengar kata & nasihat ibu bapa ku untuk menyambung pelajaran..
Mereka seolah-olah 'selesa' dengan apa yg mereka ada..
Tapi 'keselesaan' itu tidak lama apabila mereka sudah mempunyai anak, 'beban' semakin bertambah..
Kesusahan mula dirasa hampir setiap hari oleh mereka..
Biarlah mereka uruskan keluarga mereka (sering kali aku terfikirkan ini)..

Sukar hati mengungkap kata sedih/sesal, berat lagi bibir ini berkata-kata..
Hanya memohon pada-NYA selagi terdaya..
Amat 'TERASA HATI', pabila adik-beradik yg lain bagai tidak sedar tanggungjawab mereka kepada ibu bapa kami..
Ibu ku yg umurnya kini hampir mencecah 60 tahun, masih gigih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu kepada kamu dengan mengemas rumah, mencuci pinggan, membasuh pakaian & sebagainya..
'LETIH', mungkin tiada dalam 'diari' hidup ibuku..
Bapaku pula, seakan tidak berdaya lagi 'memarahi' anak-anak disebabkan kedegilan kami..

Tatkala berada di rumah, suasana amat berbeza sekali..
Tidak semeriah di kolej/asrama..
Aku harap, ada hikmah disebalik setiap yg berlaku..
Aku hanya aku, masih tetap 'TERASA HATI', biar apapun yg berlaku..
Berikahlah kekuatan utk aku meneruskan hidup ini..


*p/s: jangan terlalu 'terasa hati', hanya disebabkan perkara remeh..
*belajarlah utk memaafkan..

Wednesday, May 14, 2014

Berjaya!!! Ini baru permulaan..


Alhamduillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Hanya kata syukur yang mampu terungkap tatkala melihat keputusan peperiksaan akhir pengajian.
Aku LULUS. Keputusan yang telah diumumkan pada 10 April 2014 yang merupakan tarikh keramat buat aku.
Setelah berada di 'sana' selama 6 tahun, akhirnya aku melepasi satu lagi cabaran dalam kehidupan.
Kejayaan yang tak disangka, tapi diduga dengan izin-NYA aku mampu bergelar graduan.
Bukan mudah bagi aku untuk sampai ke tahap ini. Terlalu banyak dugaan & cabaran yang harus aku lalui selama ini terutama sekali 'konflik dalam diri' yang tiada kesudahan.
Aku bukanlah yang dikategorikan sebagai 'genius', bukan jua 'ulat buku'. Aku hanya membaca mana yang perlu dan mempraktikkan nya. Semakin meningkat tahun pengajian, semakin aku merasa malas.
Malas kerana beban yang dipikul semakin menebal.
Bukan untuk beralasan semata, apatah lagi mengadu domba, hanya ingin melepas rasa.

Indah pada pandangan, tidak semestinya indah pada hakikat.
Begitulah ungkapan yang mampu terungkap tatkala diri ini diaggap hebat oleh orang sekeliling.
Biasalah, dugaan yang kita hadapi berbeza-beza.
Aku sering kali cuba untuk menenangkan diri sendiri pabila kesedihan melanda, tatkala marah menerpa.
Ketika di 'menara gading', hampir setiap hari aku berfikir mencari penyelesaian atas setiap permasalahan yang aku hadapi. Tapi aku selalu alpa, hanya pada DIA lah sepatutnya diri ini bergantung harap.
Insan lemah ini, sering lupa & alpa untuk bersyukur, berterima kasih atas setiap pemberian-NYA.

Biarpun aku gembira LULUS peperiksaan akhir, aku juga turut merasa sedikit hampa apabila ramai di antara rakan aku belum lagi berjaya.
Biarpun begitu, aku harus percaya, perancangan yang dilakukan-NYA adalah sebaik-baik perancangan.
Kejayaan sekarang, bukan bermakna penamat segalanya.
Ini hanyalah permulaan untuk kehidupan sebenar. Banyak lagi yang harus aku pelajari dari insan yang berpengalaman dari aku.
Aku perlu redha & tabah atas segala yang sudah berlaku & yang akan berlaku.
Menanti suatu yang tidak pasti bukanlah cara terbaik.
Sebaliknya, aku haruslah bersyukur atas apa yang aku ada sekarang.

Buat semua pembaca yang mengikuti perkembangan blog aku, terima kasih aku ucapkan.
Doakan lah kejayaan & kesejahteraan kita bersama.


*gambar persendirian..