Wednesday, May 14, 2014

Berjaya!!! Ini baru permulaan..


Alhamduillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Hanya kata syukur yang mampu terungkap tatkala melihat keputusan peperiksaan akhir pengajian.
Aku LULUS. Keputusan yang telah diumumkan pada 10 April 2014 yang merupakan tarikh keramat buat aku.
Setelah berada di 'sana' selama 6 tahun, akhirnya aku melepasi satu lagi cabaran dalam kehidupan.
Kejayaan yang tak disangka, tapi diduga dengan izin-NYA aku mampu bergelar graduan.
Bukan mudah bagi aku untuk sampai ke tahap ini. Terlalu banyak dugaan & cabaran yang harus aku lalui selama ini terutama sekali 'konflik dalam diri' yang tiada kesudahan.
Aku bukanlah yang dikategorikan sebagai 'genius', bukan jua 'ulat buku'. Aku hanya membaca mana yang perlu dan mempraktikkan nya. Semakin meningkat tahun pengajian, semakin aku merasa malas.
Malas kerana beban yang dipikul semakin menebal.
Bukan untuk beralasan semata, apatah lagi mengadu domba, hanya ingin melepas rasa.

Indah pada pandangan, tidak semestinya indah pada hakikat.
Begitulah ungkapan yang mampu terungkap tatkala diri ini diaggap hebat oleh orang sekeliling.
Biasalah, dugaan yang kita hadapi berbeza-beza.
Aku sering kali cuba untuk menenangkan diri sendiri pabila kesedihan melanda, tatkala marah menerpa.
Ketika di 'menara gading', hampir setiap hari aku berfikir mencari penyelesaian atas setiap permasalahan yang aku hadapi. Tapi aku selalu alpa, hanya pada DIA lah sepatutnya diri ini bergantung harap.
Insan lemah ini, sering lupa & alpa untuk bersyukur, berterima kasih atas setiap pemberian-NYA.

Biarpun aku gembira LULUS peperiksaan akhir, aku juga turut merasa sedikit hampa apabila ramai di antara rakan aku belum lagi berjaya.
Biarpun begitu, aku harus percaya, perancangan yang dilakukan-NYA adalah sebaik-baik perancangan.
Kejayaan sekarang, bukan bermakna penamat segalanya.
Ini hanyalah permulaan untuk kehidupan sebenar. Banyak lagi yang harus aku pelajari dari insan yang berpengalaman dari aku.
Aku perlu redha & tabah atas segala yang sudah berlaku & yang akan berlaku.
Menanti suatu yang tidak pasti bukanlah cara terbaik.
Sebaliknya, aku haruslah bersyukur atas apa yang aku ada sekarang.

Buat semua pembaca yang mengikuti perkembangan blog aku, terima kasih aku ucapkan.
Doakan lah kejayaan & kesejahteraan kita bersama.


*gambar persendirian..

1 comment: