Thursday, June 1, 2017

MELANGKAH KE ALAM BARU DARI PENGALAMAN SILAM

Syukur Alhamdulillah, 
Hampir 3 bulan aku telah menjadi pegawai perubatan, setelah berhempas pulas mengharungi cabaran dalam bergelar seorang pegawai perubatan siswazah (HO) selama 2 tahun 8 bulan.
2 tahun 8 bulan jadi HO, lamanya...
Tapi alhamdulillah, Allah telah menetapkan untuk aku terus dalam bidang ini.
Bukan mudah untuk menjadi seseorang yang bergelar doktor.
Mungkin ramai yang diluar sana memikirkan kerjaya seorang doktor ini adalah yang terbaik, namun hakikat/realiti kehidupan sangat berbeza dari apa yang dibayangkan.

Masih segar dalam ingatan ini, setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda perubatan pada 2014 lalu, aku keliru nak isi penempatan HO di mana. Pada mulanya nak apply dalam negeri sendiri je, siap dah hantar borang tu kat KKM, tapi ubah fikiran last minute tukar apply penempatan HO ke borneo pula. Mungkin masa tu masih tak dapat lupakan kenangan semasa belajar di bumi kenyalang dulu. Akhirnya dapat penempatan di negeri di bawah bayu. 

Bila tiba di sebuah hospital di pantai timur negeri di bawah bayu untuk melapor diri sebagai 'freshie' HO, rasa terkejut sebab hanya dua org sahaja yg melapor diri. Othopaedic merupakan posting pertama, biarpun orang cakap posting ni posting 'ringan', tapi bagi semua first poster sebagai HO sangat mencabar minda, ketahanan jiwa serta segalanya. Pernah beberapa kali rasa nak tersungkur, namun sokongan sekeliling sangat membantu dalam proses mematangkan minda/sikap sebagai HO. Namun apabila masuk posting ke-2 iaitu O&G, hati ini tak mampu bertahan dan tersungkur sehingga menghilangkan diri (MIA-missing in action) selama 8 hari ketika tagging. Syukur alhamdulillah, Allah Maha Adil, DIA telah hantar seseorang untuk membantu diri yang lemah ketika itu untuk terus bangkit melawan perasaan 'down'/kecewa ketika itu.

Apabila masuk posting-posting seterusnya, cabaran semakin bertambah. Ada ketika hati ini tersinggung, bergetar, sehingga menintiskan air mata ketika 'ditegur' oleh senior HO, MO mahupun specialist. Ya, aku akui, tak  mudah untuk menjadi HO. Kadangkala, terasa diri teraniaya disebabkan kesalahan orang lain, diri menanggung akibat. Setiap posting pun, tempoh tagging adalah paling menyeksakan. Sudahlah perlu lalui tempoh bekerja yang lama, perlu menelaah lagi, melakukan daily work dan sebagainya. Hari-hari mengeluh, itu tak betul, ini tak betul. Tapi bila difikirkan semula, syukur Alhamdulilllah, aku masih mampu bekerja. Sedih! Kadangkala rasa sedih, marah, kecewa dengan sikap segelintir pesakit, keluarga pesakit yang menderu-deru menyalahkan pihak hospital di atas setiap yang berlaku. Terikat dengan protokol itu, protokol ini.

Akhirnya, memasuki posting kecemasan (A&E) sebagai posting terakhir, yeaaa, happynya. Langit tak selalunya cerah, Aku diuji lagi, hanya tinggal 2 minggu untuk aku menghabiskan posting terakhir aku, terdapat sesuatu berlaku sehingga aku di 'extend' selama 4 bulan berikutnya (total posting A&E 8 bulan, sepatutnya hanya 4 bulan). Aku sangat kecewa dengan pihak pengurusan hospital ketika itu, kecewa/sedih/dendam/marah segala perasaan bercampur baur. Namun, aku hanyalah HO, perlu meneruskan kehidupan sebagai HO. Dalam masa yang sama, aku happy dapat penempatan sebagai MO di negeri kelahiran sendiri, syukur alhamdulillah,

Meninggalkan jawatan sebagai HO yang penuh drama, naik turun, suka duka yang tak dapat dilupakan. Pada mulanya aku sering berfikir, aku teruskan dalam bidang ini hanya kerana terikat dengan 'kontrak' bekerja dengan kerajaan apabila aku terima biasiswa ketika menjadi pelajar ijazah dahulu. Namun setelah sekian lama, terselit sedikit rasa 'minat' dalam bidang perubatan ini apabila 'berjaya' memberi rawatan terbaik kepada pesakit dan apabila pesakit menyatakan 'terima kasih'. Hanya perkataan 'terima kasih' mampu mengubat segala duka yang berlaku. Alhamdulillah, Allah telah membuka mata aku untuk lebih menerima takdirNYA.

Aku tidak menjadi 'floating MO', setelah tamat latihan sebagai HO, aku terus ditempatkan di klinik kesihatan, Alhamdulillah di negeri kelahiran aku. Syukur. Tapi di sebuah pulau. Pada mulanya agak terkejut dan ingin menolak tawaran bekerja di klinik kesihatan tersebut. Namun, Allah itu sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan di sini, aku rasa tenang. Keadaan di sini, pulau, pantai membuatkan aku tenang. Staff-staff di tempat aku bekerja sekarang sangat membantu. Sekali lagi Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi-NYA.

-Sebagai pesanan kepada semua; biar apapun yang kita lakukan, lakukanlah dengan ikhlas. InshaAllah, DIA akan membalas dengan kebaikan yang berganda. (pesanan untuk diri sendiri jugak ni)

-Salam Ramadhan. Selamat berpuasa semua. ;)