Thursday, November 26, 2009

Aku masih meraguinya!!!!!!!


Sehingga saat ini, detik ini, ketika ini, aku masih lagi meraguinya..
Apa yg ku impikan selama ini seolah-olah semakin pudar dari pandanganku..
Sedikit demi sedikit 'ianya' meninggalkan diriku..
Aku cuba untuk kembali kepadanya, namun lidahku kelu, diriku terpaku kaku..
Hanya mampu melihat segala-galanya hancur menjadi debu..

Diri ini masih keliru dengan apa yang ku alami sehingga kini..
Aku masih menginginkannya, namun hatiku ini kuat menyatakan 'tidak'..
Apa yang harusku lakukan?? Aku kembali menjadi lemah umpama buah yang gugur dari tangkainya..
Di mana kekuatanku selama ini yang menjadi tiang yang kukuh untuk menampung sebuah rumah yang penuh berpenghuni??
Aku tidak mampu lagi bertahan untuk ini..

Aku menjadi lebih keliru dengan diriku..
Sebelumnya harapanku terhadapnya amat tinggi, namun kini segalanya berakhir..
Suatu penyesalan yang tidak berpenghujung..
Aku masih lagi menantinya walaupun keputusan telah dibuat..
Masih mengharapkan kepulangannya di sisiku..
Diriku umpama menanti suatu yang tidak pasti..
Biarpun begitu, aku masih menantinya sehingga kini..

Segalanya kini menjadi semakin kabur..
Biarpun mata ini masih tidak lagi mampu melihatnya, namun hati ini masih mampu menilainya..
Aku tidak pasti, adakah aku mampu memiliknya pabila mentari pagi menyinsing keesokan harinya??
Segalanya kuterima!!!!!!!!!





Created by: AA

Monday, November 16, 2009

Aku Tetap Aku!!!!!


Biarpun masa berlalu pantas, namun aku masih di sini...
Tiada perubahan yang ku lakukan.. hanya berdiam tanpa kata..
Biarpun mentari pagi silih berganti, aku tetap aku...
Tanpa rasa segan silu aku tetap melakukan kesalahan berulang kali..
Biarpun aku sedar akibat daripada melakukan kesalahan tersebut, aku tetap aku...

Mengapa aku begini????
Tiada perubahan, tiada tindakan lanjutan, tiada anjakan peradigma...
Bagiku, sekalipun aku melakukannya, aku tetap aku..
Nasibku masih tidak berubah...
Masih di takok yang lama..

Biarpun puas mencuba, namun nasibku tetap di situ..
Hidupku ibarat telur dihujung tanduk..
Sering kali aku berada dalam situasi 'cemas', aku sering melakukan tindakan di luar jangkaan..
Aku bingung ape yang aku harus lakukan???

Tiada siapa yang ingin membantuku kerna aku tidak menceritakan perkara sebenar kepada mereka...
Aku tidak mahu menyusahkan teman-teman ku...
Aku amat menghargai erti persahabatan.. namun mereka sering kali menggoyahkan persahabatan hanya dengan alasan yang tak masuk dek akal...
Aku bingung lagi.. semakin kebingungan..

Apakah yang harus aku lakukan???
Dimanakah aku harus mencari diriku yang sebenarnya???
Adakah aku mempunyai harapan lagi???

Biarpun aku tahu jawapannya, namun aku tidak berbuat apa-apa...
Hanya berpeluk tubuh, bak selimut membalut tubuhku..
Aku terdiam kaku, tanpa kata pengikat rasa...
Hanya menanti badai datang melanda..

Aku sedar, aku tidak akan ke mana-mana, jika langkah pertama tidak dimulakan..
Biarpun begitu, diriku tetap aku...

Wahai teman, rakan dan taulan:
Maaf dari temanmu ini yang sering kali melakukan kesilapan tanpa diduga..
Harapanku kepadamu hanya satu:
erti persahabatan lebih bermakna dari segalanya..


created by: 'AA'