Monday, November 16, 2009
Aku Tetap Aku!!!!!
Biarpun masa berlalu pantas, namun aku masih di sini...
Tiada perubahan yang ku lakukan.. hanya berdiam tanpa kata..
Biarpun mentari pagi silih berganti, aku tetap aku...
Tanpa rasa segan silu aku tetap melakukan kesalahan berulang kali..
Biarpun aku sedar akibat daripada melakukan kesalahan tersebut, aku tetap aku...
Mengapa aku begini????
Tiada perubahan, tiada tindakan lanjutan, tiada anjakan peradigma...
Bagiku, sekalipun aku melakukannya, aku tetap aku..
Nasibku masih tidak berubah...
Masih di takok yang lama..
Biarpun puas mencuba, namun nasibku tetap di situ..
Hidupku ibarat telur dihujung tanduk..
Sering kali aku berada dalam situasi 'cemas', aku sering melakukan tindakan di luar jangkaan..
Aku bingung ape yang aku harus lakukan???
Tiada siapa yang ingin membantuku kerna aku tidak menceritakan perkara sebenar kepada mereka...
Aku tidak mahu menyusahkan teman-teman ku...
Aku amat menghargai erti persahabatan.. namun mereka sering kali menggoyahkan persahabatan hanya dengan alasan yang tak masuk dek akal...
Aku bingung lagi.. semakin kebingungan..
Apakah yang harus aku lakukan???
Dimanakah aku harus mencari diriku yang sebenarnya???
Adakah aku mempunyai harapan lagi???
Biarpun aku tahu jawapannya, namun aku tidak berbuat apa-apa...
Hanya berpeluk tubuh, bak selimut membalut tubuhku..
Aku terdiam kaku, tanpa kata pengikat rasa...
Hanya menanti badai datang melanda..
Aku sedar, aku tidak akan ke mana-mana, jika langkah pertama tidak dimulakan..
Biarpun begitu, diriku tetap aku...
Wahai teman, rakan dan taulan:
Maaf dari temanmu ini yang sering kali melakukan kesilapan tanpa diduga..
Harapanku kepadamu hanya satu:
erti persahabatan lebih bermakna dari segalanya..
created by: 'AA'
Labels:
Hanya sekadar nukilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adli,knp ni?
ReplyDeleteada something ke?