Wednesday, September 1, 2010

Menjadi Yang Terbaik


Semua orang nak jadi yang terbaik,
aku pun begitu,
punya impian untuk menjadi yang terbaik..
Tanpa usaha, impian tu mustahil untuk menjadi nyata..
Hanya berbekalkan usaha, doa serta tawakal pada-NYA
mampu membawa kita ke tangga kejayaan..

Namun, kita tidak seharusnya berputus asa
walaupun setelah berusaha dan hasilnya kegagalan..
Kita seharusnya menjadikan kegagalan itu suatu
titik permulaan untuk kita berjaya..

Biarpun mengetahui hakikat bahawa
setiap kejayaan memerlukan usaha,
namun aku bagai penukul yang ketiadaan pahatnya..
Tidak bergerak tanpa arahan,
walaupun demi kebaikan diri,
aku sekadar endah tak endah sahaja akan arahan yang diberikan..

Aku makin keliru dengan apa yang aku mahukan sebenarnya..

Pada mulanya, aku merasakan segalanya sukar bagiku..
Mana tak nya, tiada usaha memang la susah..
Aku sekadar mengedari perbuatanku
yang tidak mengendahkan nasihat rakan, mahupun pensyarah
akan memakan diriku,
namun tiada tindakan lanjutan yang aku lakukan..

Apabila hiburan bermain di fikiran,
aku bagai hilang arah, tumpuan, mahupun matlamat hidup..

Aku sedar hiburan itu hanyalah akan memusnahkan hidupku
jika aku terlalu taksub dengannya,
namun dunia hiburan bagai sudah sebati dengan diri ini..

Tatkala mendengar bacaan Al-Quran dibaca di kaca TV,
mahupun rakan-rakan ku membaca,
aku mula sedar, ALLAH itu maha mengetahui segalanya..
DIA juga lah yang akan membantu diri ini tatkala susah,
mahupun senang..

Selepas beberapa ketika, aku seakan lupa pada-NYA..
Aku makin keliru..
Aku sedar akan keagungan-NYA,
namun aku sekadar mendabik dada,
berlagak bagai tiada apa yang berlaku..

Astagrafirullahalazim..
Aku perlu berubah..

Sedarlah wahai manusia,
kamu itu hanyalah manusia biasa,
yang kadang kala berada di atas,
kadang kala berada di bawah..

Oleh itu, bertaubatlah sebelum terlambat..
Moga usahamu tidak menjadi sia-sia..
Jangan bazirkan masa dengan angan-angan kosong,
kerana ianya mampu membunuh dirimu..


InsyaAllah..


Tuesday, July 6, 2010

Perjalanan Baru Bermula:::




Kini aku sudah memasuki tahun klinikal.. Tanggungjawab aku sebagai pelajar kian membebankan.. Tahun klinikal dimulakan dgn melangkah ke tahun 3..
Tahun permulaan untuk mempraktikkan apa yg telah dipelajari ketika di tahun 1 & 2..
Sangat mencabar.. Kata2 itu sahaja yg mampu terungkap ketika ini..
Di samping jadual waktu yg 'memaksa' aku ke hospital 'selalu', agak membebankan..
Di tambah dgn kehidupan yg serba mencabar di 'kotaraya SIBU' ini, secara langsungnya memberi tekanan kepada aku..
Bukan untuk merungut, tapi hanya sekadar ingin bercerita..
Biarpun baru bermula langkahku ke alam 'tahun klinikal' ini, aku dapat merasakan cabaran & dugaan yg bakal menjelang akan lebih mencabar..

Pada mulanya, aku menjadi 'takut' untuk meneruskan perjalanan ini, namun aku harus teruskan jua.. Ketabahan serta kecekalan minda adalah kunci utama untuk aku meneruskan langkah ini dengan jayanya.. Di samping semangat & kerajinan untuk belajar harus terus wujud dalam diri ini..
Aku masih tidak mampu untuk fokus ketika di dalam kelas.. Perasaann 'malas'& sikap sambilewa selalu menghantui ku..
Perasaan sebegini amat sukar untuk dibuang..

Aku masih lemah dalam pengetahuan 'ilmu perubatan', yg seharusnya aku kuasai ketika di tahun 1 & 2 dahulu..
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..
AKu tidak boleh menoleh kebelakang lagi.. Aku harus pandang ke hahadapan..
Perjalanan aku untuk sampai ke tahap ini amat sukar sekali..
Pelbagai rintangan & dugaan harus aku lalui, malah harus aku rempuhi..
Ketika di tahun 1 & 2, aku sering 'gagal' dalam peperiksaan akhir blok..
Dan ketika di tahun 2 aku 'terpaksa' melalui 'peperiksaan kelayakan' untuk aku menduduki 'peperiksaan ikhtisas 1' ketika di akhir tahun 2..
Alhamdulillah, ALLAH lebih mengetahui apa yg terbaik untuk diri ini..

Aku sering merasakan tiada gunanya lagi aku balajar di sini, jika aku tidak mampu lakukannya.. Namun, itu hanya 'bisikan syaitan' yg hanya ingin melihat manusia kecundang dalam kehidupan..
Aku tetap berusaha & kini aku telah berada di tahun 3..
Hanya baru 2 minggu memasuki tahun 3 (posting SIBU), aku sudah merasakan 'bahang' kesukaran yg bakal melanda diri ku ini..

Bagi permulaan, aku merasakan amat sukar.. Namun, ibu bapa serta rakan2 sering memberi semangat kepadaku untuk teruskan jua..
Aku memulakan posting tahun 3 ini dengan posting 'MEDICINE'..
Hampir 2 minggu di Hospital Sibu ini, aku sudah 'boleh' membuat 'history taking' & serta melakukan 'PE @ Physical Examination' terhadap pesakit..

Untuk 2 minggu pertama ini, aku di tempatkan di 'wad perubatan perempuan'..
Banyak yg aku belajar di sini.. Selain membuat 'History Taking'& 'Physical Examination', aku juga belajar beberapa 'prosedur' termasuklah 'bladder catheterization','NG tube insertation', 'ABG analysis' serta 'venepuncture'..
Pengalaman yg amat menarik yg pernah aku lalui.. Sebelum ini, aku sekadar mengetahui prosedur2 tersebut tanpa melihat @ melakukannya sendiri..

Banyak lagi yg perlu aku pelajari & amati..
Aku berharap agar aku dapat meneruskan bidang ini dengan jayanya..
Semangat serta dorongan keluarga & rakan2, tidak akan dilupakan..
Aku juga mendoakan agar kalian berjaya dalam apa jua bidang yg kalian ceburi..
Salam 1 Malaysia..

Assalamualaikum..


Sunday, April 18, 2010

Maaf Teman-teman Ku...

Ucapan ribuan kemaafan ku pohonkan kepada semua rakan-rakan ku...
DIsebabkan kelalaian diri ini, kalian terpaksa merasa tempias...
Malah ada di antara kalian yang sanggup 'berkongsi' kesedihan...
Bukan diri ini sengaja meminta2 perkara ini terjadi,
namun diriNYA lebih mengetahui segalanya...
Mungkin segala yg berlaku ada hikmah disebaliknya...
Namun sebagai manusia, diri ini harus sentiasa kembali pada-NYA...

Merasakan diri ini terlalu bersalah terhadap setiap yang terjadi...
Mungkin diri ini terlalu memikirkan hal dunia, sehingga sanggup kadang-kala melupakan urusan akhirat...
Tatkala diri dalam kesusahan, diri-NYA menjadi peneman...
Namun, tatkala dalam kesenangan, diri-NYA dilupakan sama sekali...
Adakah tindakanku ini benar?? Tidak3x sama sekali...

Biarpun mengetahui hakikat sebenar, diri ini masih tidak kembali kejalan-NYA...
Hanya mencari kesenangan di dunia yg hanya sementara...
Wahai teman, rakan & taulan, maaf ku pinta di atas kecuaian yg ku lakukan...
Terlalu inginkan kegembiraan, akhirnya malang menimpa...
Maaf, diri ini terpaksa berdiam, berpeluk tubuh...
Tiada apa yg mampu dilakukan...
Hanya berserah pada-NYA...

MOga-moga segalanya berjalan seperti biasa...
Segala yg berlaku dijadikan ikhtibar...
InsyaAllah...
Biarlah hari ini lebih baik dari semalam, esok hari lebih baik dari hari ini...
Segala yg berlaku atas ketentuan YANG MAHA ESA...
Moga-moga dipermudahkan segalanya...
Amin...

Friday, March 19, 2010

Mampukah Aku????



Kini aku bergelar siswazah. Sedar tak sedar hampir 2 tahun aku menuntut di UNIMAS ini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yg harus aku tempuhi demi mengejar cita-cita yang kian pudar. Sedang aku tahu aku tidak mampu melakukannya, aku tetap jua meredah ombak yang bergelora. Berbekalkan pengalaman selama 6 tahun berada di asrama, aku teruskan harapan demi menjaga hati kedua orang tua aku.


Sejak kecil aku dididik dengan budaya kemelayuan yang bersopan santun serta menghormati sesama insan biarpun berlainan taraf hidup. Kehidupanku bukanlah semewah yang disangkakan. Bapaku hanyalah pesara tentera dan kini masih gigih bekerja sebagai pekebun demi menyara hidup kami sekeluarga. Berbekalkan gaji sebagai pesara tentera dan pekebun di sebuah sekolah rendah swasta sekitar IPOH, kami sekeluarga alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Ibuku pula hanyalah suri rumah sepenuh masa. Biarpun begitu kami 6 beradik dijaga dan dididik dengan baik sekali.


Merupakan anak ke-4 daripada 6 beradik, aku tidaklah memikul tanggungjawab yang berat. Namun begitu, kini aku menjadi harapan keluarga. Tanggungjawab yang aku pikul kini semakin hari semakin membebankan aku. Bukanlah aku sengaja untuk merungut, tapi aku semakin tidak mampu melakukan ini. Dengan menjadi satu-satunya anak tunggal dalam keluargaku yang berjaya ke menara gading, menjadikan ibu bapa ku menaruh harapan yang besar terhadap diri ini. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan hati ku tatkala terkenang harapan ibu bapa ku yang menggunung tinggi terhadapku.


Adakah aku mampu melakukan dan meneruskan nya biarpun dalam hati kecilku ini menyatakan aku tiada harapn lagi di sini?????



Monday, February 15, 2010

Itu bukan Aku!!


Wahai teman,
Aku pasti saat ini kau sudah melupakan diri ini..
Biarpun pahit menerima hakikat, namun kesabaran hati mengubatinya..
Saat melaluinya, hati ini sangat lemah..
Biarpun tampak ceria, namun dalam hati kecil ini tiada siapa yg mengetahuinya..
Aku akan selalu mengingati dirimu biarpun dirimu sudah lama membenciku..

Aku sedar segalanya berpunca dari diri ini yg hanya membabi buta mencemburuimu..
Semakin diri ini ingin melupakanmu, semakin sering wajahmu bermain difikiran ini..
Bukan mudah untuk melupakan kenangan manis bersamamu..
Saat dirimu berbicara manis, aku sering mengharapkan kata cinta darimu..
Kini, tiada apa yg ku harapkan darimu..
Ku hanya ingin melihat dirimu bahagia..

Sejak dirimu membenci insan yg lemah ini,
kau sering saja mencari kesalahan diri ini..
Biarpun kesilapan yg ku lakukan hanyalah kecil,
namun dirimu umpama 'api dalam sekam'..
Apa yg kau mahukan dariku, setelah segalanya hancur lebur..
Itu bukan aku yg melakukannya..

Suatu ketika terdetik dalam hati kecil ini untuk menjadikan segalanya suatu dendam..
Namun berbekalkan ketabahan serta ketulusan hati menyayangi dirimu suatu ketika dahulu, menjadikan diri ini terus bersimpati terhadapmu..
Aku pasti, dirimu sedar akan kesilapanmu, tapi apa yg kau mahukan dariku??
Ternyata dirimu masih menyayangiku, namun hatimu keras menyatakan kau membenci aku..

Itu bukan aku..
Biarpun kita menyayangi insan itu, kadang kala kita perlu berkorban demi kebahagiannya..
Aku yakin, dirimu sudah menemui insan yg kau sayangi..
Tapi itu bukan aku..
Aku sentiasa berdoa, agar dirimu berbahagia disamping yg tersayang..
Selamat tinggal teman..




Created by: AA