Friday, March 19, 2010

Mampukah Aku????



Kini aku bergelar siswazah. Sedar tak sedar hampir 2 tahun aku menuntut di UNIMAS ini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yg harus aku tempuhi demi mengejar cita-cita yang kian pudar. Sedang aku tahu aku tidak mampu melakukannya, aku tetap jua meredah ombak yang bergelora. Berbekalkan pengalaman selama 6 tahun berada di asrama, aku teruskan harapan demi menjaga hati kedua orang tua aku.


Sejak kecil aku dididik dengan budaya kemelayuan yang bersopan santun serta menghormati sesama insan biarpun berlainan taraf hidup. Kehidupanku bukanlah semewah yang disangkakan. Bapaku hanyalah pesara tentera dan kini masih gigih bekerja sebagai pekebun demi menyara hidup kami sekeluarga. Berbekalkan gaji sebagai pesara tentera dan pekebun di sebuah sekolah rendah swasta sekitar IPOH, kami sekeluarga alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Ibuku pula hanyalah suri rumah sepenuh masa. Biarpun begitu kami 6 beradik dijaga dan dididik dengan baik sekali.


Merupakan anak ke-4 daripada 6 beradik, aku tidaklah memikul tanggungjawab yang berat. Namun begitu, kini aku menjadi harapan keluarga. Tanggungjawab yang aku pikul kini semakin hari semakin membebankan aku. Bukanlah aku sengaja untuk merungut, tapi aku semakin tidak mampu melakukan ini. Dengan menjadi satu-satunya anak tunggal dalam keluargaku yang berjaya ke menara gading, menjadikan ibu bapa ku menaruh harapan yang besar terhadap diri ini. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan hati ku tatkala terkenang harapan ibu bapa ku yang menggunung tinggi terhadapku.


Adakah aku mampu melakukan dan meneruskan nya biarpun dalam hati kecilku ini menyatakan aku tiada harapn lagi di sini?????



3 comments:

  1. adli~yes you can!!
    don't give up now...it's a longgg way to go my dear brother..
    just keep on movin for the sake of both of ur parents..imagine..Dr Adli Azam~fuh! n i know it will come true...no doubt~insyaallah..
    please don't give up before u even enter the real deal of Medicine..tunggu 3rd year nnt bile jumpe the REAL patient~!=) baru tau ape erti sebenar being a DOCTOR~ good luck~!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, u can do it!
    We can let it be!!
    Never give up..there's always a chance :)
    Keep it up!
    :)
    goodluck..all the best!
    Everyone of us has our own journey..ALLAH knows everything the best for us.

    ReplyDelete
  3. Sokong Adli!!
    Yeah~
    Pasti boleh :)

    ReplyDelete