Wednesday, May 21, 2014

'TERASA' HATI..

Hari-hari yg ku lalui kini seperti biasa..
Tiada apa yg istimewa..
Hanya berada di kampung halaman bersama keluarga..
Aku tidak merasa terlalu bahagia..
Mungkin, aku mengharapkan sesuatu yg mungkin tidak akan berlaku..

Pabila di rumah, aku menjadi senyap seribu bahasa..
Hanya berkata-kata saat perlu..
Itupun bila mak & ayah aku bertanya..
Maklum la, anak lulusan perubatan, jadi semua berkaitan penyakit hendak ditanyakan..
Mana yg boleh aku jawab, aku jawablah..
Mana yg tak berapa pasti/tak tahu tu, senyap je lah..

Hampir setiap hari aku mengelak dari ditanya..
Hanya bersuara bila perlu..
Hanya kawan-kawanku sahaja yg tahu bila diluar bersama mereka..
Mereka selalu mengenakan aku sebab nama jalan kampung yg aku tinggal sekarang ni ialah JALAN MURAI & bila bersama rakan-rakan aku, mulut aku seperti 'mulut murai'..
Padanlah muka aku..

Menjadi satu-satu nya harapan keluarga, bukanlah tugas yg mudah,
tetapi tanggunggjawab yg dipikul sangat berat..
Mungkin keluargaku tidak mengedari betapa berat nya beban yg aku 'cuba' untuk pikul selama ni..
Biarpun hanya menjadi pelajar..
Aku pun tidak pasti kenapa adik-beradik aku yg lain, tidak 'pandai' mendengar kata & nasihat ibu bapa ku untuk menyambung pelajaran..
Mereka seolah-olah 'selesa' dengan apa yg mereka ada..
Tapi 'keselesaan' itu tidak lama apabila mereka sudah mempunyai anak, 'beban' semakin bertambah..
Kesusahan mula dirasa hampir setiap hari oleh mereka..
Biarlah mereka uruskan keluarga mereka (sering kali aku terfikirkan ini)..

Sukar hati mengungkap kata sedih/sesal, berat lagi bibir ini berkata-kata..
Hanya memohon pada-NYA selagi terdaya..
Amat 'TERASA HATI', pabila adik-beradik yg lain bagai tidak sedar tanggungjawab mereka kepada ibu bapa kami..
Ibu ku yg umurnya kini hampir mencecah 60 tahun, masih gigih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu kepada kamu dengan mengemas rumah, mencuci pinggan, membasuh pakaian & sebagainya..
'LETIH', mungkin tiada dalam 'diari' hidup ibuku..
Bapaku pula, seakan tidak berdaya lagi 'memarahi' anak-anak disebabkan kedegilan kami..

Tatkala berada di rumah, suasana amat berbeza sekali..
Tidak semeriah di kolej/asrama..
Aku harap, ada hikmah disebalik setiap yg berlaku..
Aku hanya aku, masih tetap 'TERASA HATI', biar apapun yg berlaku..
Berikahlah kekuatan utk aku meneruskan hidup ini..


*p/s: jangan terlalu 'terasa hati', hanya disebabkan perkara remeh..
*belajarlah utk memaafkan..

Wednesday, May 14, 2014

Berjaya!!! Ini baru permulaan..


Alhamduillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Hanya kata syukur yang mampu terungkap tatkala melihat keputusan peperiksaan akhir pengajian.
Aku LULUS. Keputusan yang telah diumumkan pada 10 April 2014 yang merupakan tarikh keramat buat aku.
Setelah berada di 'sana' selama 6 tahun, akhirnya aku melepasi satu lagi cabaran dalam kehidupan.
Kejayaan yang tak disangka, tapi diduga dengan izin-NYA aku mampu bergelar graduan.
Bukan mudah bagi aku untuk sampai ke tahap ini. Terlalu banyak dugaan & cabaran yang harus aku lalui selama ini terutama sekali 'konflik dalam diri' yang tiada kesudahan.
Aku bukanlah yang dikategorikan sebagai 'genius', bukan jua 'ulat buku'. Aku hanya membaca mana yang perlu dan mempraktikkan nya. Semakin meningkat tahun pengajian, semakin aku merasa malas.
Malas kerana beban yang dipikul semakin menebal.
Bukan untuk beralasan semata, apatah lagi mengadu domba, hanya ingin melepas rasa.

Indah pada pandangan, tidak semestinya indah pada hakikat.
Begitulah ungkapan yang mampu terungkap tatkala diri ini diaggap hebat oleh orang sekeliling.
Biasalah, dugaan yang kita hadapi berbeza-beza.
Aku sering kali cuba untuk menenangkan diri sendiri pabila kesedihan melanda, tatkala marah menerpa.
Ketika di 'menara gading', hampir setiap hari aku berfikir mencari penyelesaian atas setiap permasalahan yang aku hadapi. Tapi aku selalu alpa, hanya pada DIA lah sepatutnya diri ini bergantung harap.
Insan lemah ini, sering lupa & alpa untuk bersyukur, berterima kasih atas setiap pemberian-NYA.

Biarpun aku gembira LULUS peperiksaan akhir, aku juga turut merasa sedikit hampa apabila ramai di antara rakan aku belum lagi berjaya.
Biarpun begitu, aku harus percaya, perancangan yang dilakukan-NYA adalah sebaik-baik perancangan.
Kejayaan sekarang, bukan bermakna penamat segalanya.
Ini hanyalah permulaan untuk kehidupan sebenar. Banyak lagi yang harus aku pelajari dari insan yang berpengalaman dari aku.
Aku perlu redha & tabah atas segala yang sudah berlaku & yang akan berlaku.
Menanti suatu yang tidak pasti bukanlah cara terbaik.
Sebaliknya, aku haruslah bersyukur atas apa yang aku ada sekarang.

Buat semua pembaca yang mengikuti perkembangan blog aku, terima kasih aku ucapkan.
Doakan lah kejayaan & kesejahteraan kita bersama.


*gambar persendirian..

Saturday, February 8, 2014

Masih Tidak Jauh!!!!



Saat ini, aku tidak perlu gusar lagi..
Apa yang aku inginkan sejak menjejaki di bumi kenyalang ini hampir ku kecapi..
Biarpun pelbagai rintangan yang ku lalui, Allah sentiasa membantu aku..
Mungkin keinginan aku itu, bukanlah sesuatu yang menjadi impian..
Aku harap, aku diberi kekuatan untuk menempuh segalanya di masa hadapan..

Dulunya,
Tatkala niat melakukan kebaikan singgah, hati mula menjadi resah..
Pabila mentari menyapa senja, aku masih alpa..
Dibuai perasaan sedih, gundah; entah kenapa..
Menjadikan diri, insan yang leka..

Kini, segalanya mungkin berbeza..
Aku mampu mentelaah tatkala minda mula berfikir..
Mata ini mampu celik sebelum matahari memancar cahaya..
Tidak sering lagi dibuai perasaan duka..
Mampu jua aku melakukan sewajarnya..

Menjadi manusia yang berbeza, bukan niatku..
Aku hanya ingin menjadi yang terbaik..
Bukan untuk menunjuk-nunjuk,
Bukan untuk berlagak pandai,
Bukan jua untuk menjadi perhatian..
Aku hanyalah inginkan kehidupan yang sempurna bersama keluargaku..

Setelah sekian lama merantau, mungkin hampir 6 tahun aku di sini,
Aku ingin buktikan kepada semua, aku juga mampu melakukannya..
Mengharap pengorbanan; berjauhan dengan keluarga, bukanlah perkara yang sia-sia..
Aku tidak merasa penat, tidak pula merasa hampa..
Mungkin merasa bosan dengan apa yang sering bermain di fikiran ini..

Apa yang aku perlukan kini?
Aku perlu lebih fokus,
Abaikan kata-kata mereka yang sekadar menjadi dinding yang rapuh,
mampu tumbang pada bila-bila masa..
Jadikan diri lebih tabah, lebih kuat dan lebih teliti untuk menepis segala cabaran dan dugaan yang bakal singgah dalam perjalanan ini..

Fikirkan---> Masih Tidak Jauh, Aku Mampu Melakukannya..





Doakan Aku Wahai Kalian..


p/s: Selamat Maju Jaya kepada semua