Tuesday, July 6, 2010

Perjalanan Baru Bermula:::




Kini aku sudah memasuki tahun klinikal.. Tanggungjawab aku sebagai pelajar kian membebankan.. Tahun klinikal dimulakan dgn melangkah ke tahun 3..
Tahun permulaan untuk mempraktikkan apa yg telah dipelajari ketika di tahun 1 & 2..
Sangat mencabar.. Kata2 itu sahaja yg mampu terungkap ketika ini..
Di samping jadual waktu yg 'memaksa' aku ke hospital 'selalu', agak membebankan..
Di tambah dgn kehidupan yg serba mencabar di 'kotaraya SIBU' ini, secara langsungnya memberi tekanan kepada aku..
Bukan untuk merungut, tapi hanya sekadar ingin bercerita..
Biarpun baru bermula langkahku ke alam 'tahun klinikal' ini, aku dapat merasakan cabaran & dugaan yg bakal menjelang akan lebih mencabar..

Pada mulanya, aku menjadi 'takut' untuk meneruskan perjalanan ini, namun aku harus teruskan jua.. Ketabahan serta kecekalan minda adalah kunci utama untuk aku meneruskan langkah ini dengan jayanya.. Di samping semangat & kerajinan untuk belajar harus terus wujud dalam diri ini..
Aku masih tidak mampu untuk fokus ketika di dalam kelas.. Perasaann 'malas'& sikap sambilewa selalu menghantui ku..
Perasaan sebegini amat sukar untuk dibuang..

Aku masih lemah dalam pengetahuan 'ilmu perubatan', yg seharusnya aku kuasai ketika di tahun 1 & 2 dahulu..
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..
AKu tidak boleh menoleh kebelakang lagi.. Aku harus pandang ke hahadapan..
Perjalanan aku untuk sampai ke tahap ini amat sukar sekali..
Pelbagai rintangan & dugaan harus aku lalui, malah harus aku rempuhi..
Ketika di tahun 1 & 2, aku sering 'gagal' dalam peperiksaan akhir blok..
Dan ketika di tahun 2 aku 'terpaksa' melalui 'peperiksaan kelayakan' untuk aku menduduki 'peperiksaan ikhtisas 1' ketika di akhir tahun 2..
Alhamdulillah, ALLAH lebih mengetahui apa yg terbaik untuk diri ini..

Aku sering merasakan tiada gunanya lagi aku balajar di sini, jika aku tidak mampu lakukannya.. Namun, itu hanya 'bisikan syaitan' yg hanya ingin melihat manusia kecundang dalam kehidupan..
Aku tetap berusaha & kini aku telah berada di tahun 3..
Hanya baru 2 minggu memasuki tahun 3 (posting SIBU), aku sudah merasakan 'bahang' kesukaran yg bakal melanda diri ku ini..

Bagi permulaan, aku merasakan amat sukar.. Namun, ibu bapa serta rakan2 sering memberi semangat kepadaku untuk teruskan jua..
Aku memulakan posting tahun 3 ini dengan posting 'MEDICINE'..
Hampir 2 minggu di Hospital Sibu ini, aku sudah 'boleh' membuat 'history taking' & serta melakukan 'PE @ Physical Examination' terhadap pesakit..

Untuk 2 minggu pertama ini, aku di tempatkan di 'wad perubatan perempuan'..
Banyak yg aku belajar di sini.. Selain membuat 'History Taking'& 'Physical Examination', aku juga belajar beberapa 'prosedur' termasuklah 'bladder catheterization','NG tube insertation', 'ABG analysis' serta 'venepuncture'..
Pengalaman yg amat menarik yg pernah aku lalui.. Sebelum ini, aku sekadar mengetahui prosedur2 tersebut tanpa melihat @ melakukannya sendiri..

Banyak lagi yg perlu aku pelajari & amati..
Aku berharap agar aku dapat meneruskan bidang ini dengan jayanya..
Semangat serta dorongan keluarga & rakan2, tidak akan dilupakan..
Aku juga mendoakan agar kalian berjaya dalam apa jua bidang yg kalian ceburi..
Salam 1 Malaysia..

Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment