Bukan mudah bagiku mengatakan perasaanku terhadapmu..
Namun bukan mudah jua untukmu menerima segala kenyataan ini..
Aku hanya ingin kau mengerti, betapa hidup ini kadang kala memerlukan pengorbanan..
Tidak hanya kita berkorban masa bersama, kita juga terpakasa berkorban segalanya..
Hanya untuk apa?? Demi membahagiakan dirimu..
Aku hanya ingin kau mengerti..
Aku tidak mahu melihat kau menderita kerana aku..
Bukan aku mementingkan diriku, namun hanya satu yang aku firkirkan..
Masa hadapanmu lebih berharga daripada hubungan kita..
Biarpun aku cuba membuat kau mengerti, namun kau tetap begitu..
Tidakkah engkau mengerti?? Aku tidak mampu melakukannya..
Maafkanlah diri ini andai segala perbuatan, keterlanjuran kata yang mungkin mengguris hati kecil mu..
Aku hanya ingin kau mengerti..
Tiada apa yang mampuku lakukan..
Hubungan ini hanya akan membawa banyak persengketaan jika kita teruskan..
Aku bukan hanya ingin mencari alasan..
Sesungguhnya aku insan biasa, insan yang lemah..
Insan yang mudah kalah dengan cubaan dan dugaanNYA..
Biarpun begitu, aku tetap pasrah dengan kehendakNYA..
Sesuatu yang berlaku mungkin ada hikmahnya..
Aku hanya ingin kau bahagia..
Tidak perlulah kau menunggu aku lagi kerna aku bukanlah untukmu..
Aku hanya mampu berdoa agar kau berbahagia di samping yang tulus menyayangimu..
Aku hanya ingin kau mengerti..

Created by: AA
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteceritera hidup insan bernama ADLI AZAM..
ReplyDeletesepertiku tahu penulisanmu ini ditujukan pada siapa..
semoga berjaya dunia akhirat..
kadangkala kita duk berfikir, tetapi adakah kita fahami apa yang kita fikirkan :) maaf, mungkin kesusateraanku begitu tinggi+tidak betul dan tak bisa difahami :) salam'alaik