Wednesday, September 5, 2012

Sampai Bila Ingin Berahsia??





Berulang kali ku terfikir, 
'adakah cara yg ku lakukan ini betul, tepat?' 
Setiap kali aku berfikir, 
keputusan yang sama aku ambil, dengan berdiam diri, tanpa meluahkan pada sesiapa... 


Memang berat untuk ku simpan, 
tapi apakan daya lebih berat lagi untuk aku bercerita. 
Biarpun bukan luahan hati, dari gerak geri tubuh ini, 
pasti mereka mengerti... 

Sesekali aku merenung jauh ke hadapan, 
kadang kala terdetik diri untuk berfikir, 
apakah yang akan terjadi jika suatu masa dahulu aku tidak memilih jalan itu?... 

Sampai bila aku ingin terus berahsia? 
Semakin hari, semakin berat untuk aku pikul.. 
Tiap kali kekecewaan terjadi, 
ada saja cara menyelesaikan perkara itu aku fikirkan, 
Seperti yang sering dilakukan, 
aku hanya berdiam diri tanpa bercerita kepada sesiapa... 
 Mungkin pada masa itu, 
aku fikir itu cara terbaik, dan selepas itu aku kembali 'normal'... 

Aku hampir terlupa, 
aku tidak berseorangan, 
Allah masih di sisi hamba-NYA yang memerlukan... 
Aku harus sedar, 
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... 
Usah berahsia lagi, jika tidak mahu bercerita pada sesiapa, 
berceritalah pada-NYA..
DIA sentiasa mendengar...



p/s: sekadar renungan bersama..berkongsi pengalaman..

1 comment:

  1. Salam Blogger dari Sahabatmu yang Jauh....
    Semoga Dirimu Menemui Solusinya... Kadangkala Sungguh Sukar Untuk Mengubati Hati Yang Gundah Gulana... Di Mana Rakan2.. Sahabat2.. yang Memahami Dapat Mengubatinya... Selain Itu Mungkin Juga Kita Jarang Menghambakan/Mendekatkan Diri PadaNya...
    p/s pesanan untuk diri ini juga...

    ReplyDelete